ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan Hospital Medan di lima negeri yang dikenal pasti berdepan dengan penularan jangkitan harian Covid-19 yang tinggi ketika ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima negeri berkenaan ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Menurut beliau, usaha bagi mengurus dan meredakan situasi di kesemua negeri berkenaan sudah tentunya akan menjadi keutamaan ATM.
“Saya telah menjelaskan semalam, antara perkara paling penting bagi ATM ketika ini ialah memenuhi agenda nasional terutama memerangi Covid-19.
“ATM sememangnya mempunyai infrastruktur, aset serta kepakaran yang mencukupi dan sedia diatur gerak pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang media khas Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.