20,988 kes Covid-19 hari ini

KES Covid-19 hari ini kembali meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 semalam, sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat 2 September 2021 adalah 1,786,004 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook beliau berkata, Selangor masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,073 kes.

Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri (Kumulatif):

Selangor – 4,073 (611,779)

WPKL – 731 (174,543)

Sabah – 2,329 (152,602) 

Johor – 2,145 (142,785)

Sarawak – 2,992 (121,964)

Kedah – 2,455 (103,082)

Negeri Sembilan – 301 (92,068)

Pulau Pinang – 1,600 (89,853)

Kelantan – 1,247 (80,277)

Perak – 990 (69,982)

Melaka – 407 (49,274)

Pahang – 599 (45,447)

Terengganu – 987 (34,985)

WP Labuan – 5 (9,817)

WP Putrajaya – 37 (5,469)

Perlis – 90 (2,077)

NOTA: Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kumulatif bagi setiap negeri. – SB