[VIDEO] Atlet Ukraine mohon maaf selepas IG digodam

Tindakan netizen melampau sehingga menghina status Makysm sebagai OKU

0
140

ATLET para Ukraine, Maksym Koval memohon maaf berhubung insiden bantahan ke atas Muhammad Ziyad Zolkefli dan terpaksa membuka akaun Instagram baharu selepas diserang teruk netizen dari Malaysia. 

Akaun lama Maksym digodam dan sebaik saja pemenang pingat emas acara lontar peluru Paralimpik Tokyo 2020 ini membuka akaun baharu, dia terus membuat permohonan maaf secara terbuka. 

Sebelum ini, tular di media sosial sejak semalam lagi selepas kemenangan atlet lontar peluru Ziyad Zolkefli tidak diiktiraf oleh pihak penganjur selepas dia dikatakan lewat untuk melaporkan diri ke bilik menunggu sebelum acara bermula.

Pelbagai komen dari netizen dilihat telah membanjiri ruangan komen atlet Ukraine itu selepas tamat perlawanan dan dinobatkan sebagai juara.

Menerusi satu ciapan dari Instagram Maksym, beliau menyatakan bahawa akaun Instagram pertamanya diserang bertubi-tubi oleh netizen Malaysia sehingga ia digodam.

Namun, Maksym memilih untuk membuat akaun yang baru dan terus memuat naik permohonan maaf di Instagram story atas apa yang dilalui dan dirasai oleh rakyat Malaysia ketika ini.

Sehubungan dengan itu, beberapa pihak berpendapat bahawa tindakan netizen Malaysia menyerang Maksym secara peribadi di akaun Instagram agak keterlaluan.

Menerusi satu perkongsian dari pengguna twitter, @kroolnizam menunjukkan beberapa komen kasar dari netizen yang telah dihantar ke ruangan komen Maksym.

@kroolnizam turut berpendapat bahawa tindakan netizen itu dikira melampau kerana sampai tahap mengutuk dan menghina status Makysm sebagai OKU.

Tambahan pula, atlet paralimpik ini lebih sensitif dan emosi mereka juga mudah terjejas disebabkan hal-hal sebegini. 

Oleh itu, ramai netizen lain tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang menyerang Maksym secara peribadi kerana sepatutnya kemarahan itu dilontarkan kepada pihak pihak Sukan Paralimpik Tokyo 2020, bukanlah terhadap atlet tersebut. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here