JAGUH lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbangkan pingat emas kedua negara dalam Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2021 sebentar tadi.
Muhammad Ziyad, 31, menunaikan janjinya dengan bergaya dalam acara lontar peluru F20, selepas memecahkan rekod dunia miliknya hanya pada lontaran pertama apabila mencatat 17.31 meter (m) dan memastikan emas menjadi milik beliau pada lontaran kedua dengan mencatatkan lontaran sejauh 17.94 m.
Kejayaan itu membolehkan ‘Super Ziyad’ mencetus sensasi – berjaya mempertahankan emas, menjadi pemilik rekod dunia F20 dan mengatasi catatan atlet normal, Adi Aliffudin Hussin yang memegang rekod kebangsaan dengan 17.54 meter serta meleburkan rekod Sukan SEA (17.74m).
Malah, dia muncul sebagai atlet pertama negara memenangi emas dalam dua temasya Paralimpik berturut-turut sekali gus menepati sasaran yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke atas dirinya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.