Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Selamat Hari Kebangsaan Ke-64 Keluarga Malaysia -

[VIDEO] Selamat Hari Kebangsaan Ke-64 Keluarga Malaysia

KATA orang-orang tua, hidup jangan bagai enau di dalam belukar hanya tahu melepaskan pucuk masing-masing.

Hidup ini ikutlah resmi aur di tepi tebing yang saling menyokong dan menguatkan.

Adat hidup, pasti ada selisih kerana sedangkan lidah lagi tergigit.

Namun ambillah yang jernih buanglah yang keruh, barulah yang diambil menyegarkan diri.

Dengan itu pastilah kita hidup benar-benar bagai satu keluarga.

Keluarga Malaysia.

Untuk aman dan berjaya, hayatilah pengajaran berlalu biduk kiambang bertaut.

Rapatkan barisan supaya kita bagaikan isi dan kulit.

Dan agar kita tatkala di cubit paha kanan terasa perut kiri.

Ingatlah bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat.

Dan ingatlah carik-carik bulu ayam bila dilurut bertaut kembali.

Andai kita terus sama berselisih, maka jadilah kita yang menang sebagai arang, yang kalah menjadi abu.–SB


Comments

Leave a Reply