Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suri rumah pasang 500 Jalur Gemilang depan rumah sempena Hari Kebangsaan -

Suri rumah pasang 500 Jalur Gemilang depan rumah sempena Hari Kebangsaan

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SETIAP kali menjelang bulan kemerdekaan sejak lima tahun lalu, Juriah Abdullah, 49, sudah menjadi kemestian untuknya menghiasi ratusan Jalur Gemilang di halaman rumahnya di Taman Scientex, Pasir Gudang.

Suri rumah itu berkata, pada tahun ini, keluarganya memasang 500 bendera termasuk bersaiz besar dan kecil depan rumah mereka iaitu di Jalan Serindit 5 di taman tersebut berbanding 400 bendera pada tahun lalu.

Menurutnya, pada tahun ini keluarganya terpaksa berdepan cabaran apabila banyak kedai yang kehabisan stok bendera.

“Kami naik turun beberapa kedai bagi mendapatkan Jalur Gemilang sebelum mulakan aktiviti menghiasi rumah dengan bendera berkenaan.

“Ketika memasang bendera, tidak sangka cuaca berubah termasuk kerap gerimis hingga hujan lebat, namun kami meneruskan aktiviti memasang bendera,” katanya.

Juriah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Haryati Ismail di rumahnya.

Dia dibantu suami, Zahibul Mohamad, 52, dan anak, menghias rumah dengan Jalur Gemilang dalam lima hari dan siap sepenuhnya Rabu lalu.

Rumahnya kata Juriah, menjadi tumpuan ramai untuk mengambil gambar kenangan dari luar pagar.

Malah dia bersyukur kerana turut membakar semangat jiran untuk mengibar bendera.

“Ada jiran yang menyatakan bersemangat mengibar bendera selepas melihat kesungguhan kami dan saya berpendapat mengibar bendera pada tahun ini membawa erti yang tidak ternilai.

“Ini termasuk menunjukkan kesetiaan kita kepada negara walaupun diuji dengan pandemik Covid-19 selain bersepakat memeranginya penyakit berkenaan,” ujarnya. – SB