RoS enggan ulas keputusan pusingan-U penangguhan pemilihan UMNO

0
274

SUSULAN keputusan pusingan-U Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang membatalakan keputusannya yang menyatakan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti tidak sah, SatuBerita cuba mendapatkan komen dari jabatan berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Isnin mengesahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah membatalkan keputusan mereka yang menyatakan keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti adalah tidak sah.

Perkara itu adalah berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah Ahmad Maslan dan peguam UMNO berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, mendapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur.

SatuBerita menghubungi Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim bagi mendapatkan komen berkenaan keputusan tersebut.

Bagaimanapun Jasri membalas, tiada sebarang kenyataan rasmi dari RoS berkenaan perkara tersebut.

Keputusan yang dibuat oleh RoS semalam agak mengejutkan kerana sebelum ini, mereka mengeluarkan kenyataan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.– SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here