Paralimpik: Sinar pingat acara berbasikal masih belum malap

0
344

PELUANG untuk Malaysia meraih satu pingat pada Temasya Paralimpik Tokyo 2021 masih bersinar.

Pingat tersebut dijangka disumbangkan oleh pelumba basikal negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dalam acara perlumbaan lebuh raya Khamis ini.

Sebelum ini, Mohamad Yusof menampilkan kayuhan memberangsangkan dalam acara ujian masa lelaki C1 (kecacatan fizikal) selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa 26 minit 46.5 saat (s) daripada 11 pelumba pada aksi final.
 
Pelumba Ireland Katie-George Dunlevy-Eve McCrystal muncul juara dengan merekodkan masa  47:32.07s, diikuti dengan perak oleh gandingan Great Britain Lora Fachie-Corrine Hall melakukan catatan 48:32.06s dan gandingan Sweden, Louise Jannering-Anna Svaerdstroem pula gangsa dengan 49:36.06s.

Mikhail Astashov dari Jawatankuasa Paralimpik Rusia merangkul emas selepas mencatat masa 24:53.37s diikuti Aaron Keith dari Amerika Syarikat dengan catatan 24:55.40s manakala atlet Jerman, Michael Teuber terpaksa berpuas hati dengan gangsa apabila merekodkan masa 24:58.67s.

Sementara itu, Muhammad Hafiz Jamali dan Zuhairie Ahmad Tarmizi terpaksa mengucapkan selamat tinggal dalam penampilan pertama mereka di pentas Paralimpik tanpa membawa pulang sebarang pingat.

Muhammad Hafiz yang menyertai acara ujian masa lelaki C5 (kecacatan fizikal) sekadar mengakhiri perlumbaan di tangga ke-12 manakala Zuhairie tidak berjaya menamatkan perlumbaan.

Emas milik pelumba Belanda, Daniel Abraham Gebru  yang merekod masa 42:46.45s, perak pula diraih Yegor Dementyev dari Ukraine dengan catatan 43:19.11s dan gangsa diraih Alistair Donohoe dari Australia yang melakukan catatan  43:36.80s. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here