BANTAHAN Ukraine terhadap kemenangan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 mendapat tentangan daripada Malaysia, Ecuador dan Australia.
Ketika laporan ini dibuat, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M. Noor Azman Taib dan Chef De Mission (CDM) kontinjen Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman bersama wakil-wakil Ecuador dan Australia sedang menghantar notis bantahan berkenaan kepada pihak penganjur.
Pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara berkenaan ditarik semula serta merta ekoran protes oleh dua atlet Ukraine, Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi yang masing-masing hanya sekadar mampu memenanngi perak serta gangsa.
Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan ringkas di dalam laman sosial Facebooknya berkata, perkara berkenaan masih dalam perbincangan antara delegasi teknikal dengan tiga negara yang membantah protes Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador.
“KSU bersama CDM berada di lapangan.
“Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga-tiga negara sedang protes. Doakan,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.