Ziyad terlepas pingat emas selepas protes atlet Ukraine

ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas protes daripada atlet Ukraine.

Menurut laman Twitter Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan atas kemenangan Ziyad.