Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Dua kilauan pingat Paralimpik serikan ambang Merdeka -

[VIDEO] Dua kilauan pingat Paralimpik serikan ambang Merdeka

Sambutan Hari Kemerdekaan esok diserikan dua kilauan pingat yang digondol oleh atlet paralimpik powerlifting negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 

Hari ini, Jong Yee Khie menunjukkan semangat luar biasa apabila berjaya mengangkat bebanan 237kg meskipun gagal pada percubaan angkatan pertama 230kg. 

Angkatan 237 kg itu menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam acara lelaki 107 kilogram (kg)

Pada Sabtu, Bonnie Bunyau Gustin, berjaya mengumandangkan lagu Negaraku di temasya berperestij itu apabila memenangi pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara Powerlifting kategori lelaki 72 kg 

Bonnie turut memecahkan rekod baharu sukan paralimpik dengan angkatan seberat 228kg. 

Tahniah dan Terima kasih  Bonnie Bunyau dan Jong Yee Khie!