[VIDEO] Ucapan Hari Kebangsaan Ke-64 Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan semoga Malaysia dirahmati, manakala rakyatnya pula menjadi satu bangsa yang berjaya dalam sebuah negara yang lebih maju.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu itu mengajak rakyat Malaysia memperingati sejarah lampau, terutama perjuangan pengasas-pengasas negara ini untuk dijadikan semangat menempuh cabaran lebih hebat.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. Hari yang amat penting dalam sejarah negara kita.

“Hari di waktu mana kita meraikan sambutan kemerdekaan negara kita daripada penjajah,” kata beliau dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2021 yang disiarkan menerusi Facebook beliau malam ini.