Terima kasih Yee Khie: PM

0
244

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada atlet paralimpik negara, Jong Yee Khie kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat perak di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

“Terima kasih Jong Yee Khie kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat perak bagi acara powerlifting kategori 107kg lelaki dengan angkatan seberat 237kg.

“Anda telah berjaya menyahut cabaran untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar di bumi Tokyo,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau.

Ismail Sabri turut memberi penghargaan yang sama buat jurulatih dan seluruh kontinjen Malaysia.

Terdahulu Malaysia memenangi pingat kedua dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas Jong Yee Khie meraih perak acara powerlifting 107 kilogram (kg) lelaki. 

Setelah terlepas angkatan pertama 230kg, Yee Khie mengangkat bebanan 237kg pada angkatan kedua. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here