Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] 68 menteri dan timbalan menteri selesai angkat sumpah jawatan -

[VIDEO] 68 menteri dan timbalan menteri selesai angkat sumpah jawatan

KESEMUA 31 menteri dan 37 timbalan menteri daripada keseluruhan 69 anggota Kabinet selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Hanya Datuk Mohamad Alamin, yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan tidak dapat hadir ke majlis itu apabila disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Kuala Lumpur.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan yang bermula pada jam 2.30 itu berakhir sekitar jam 4.28 petang sebentar tadi.

Kesemua menteri melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Mereka dibahagikan kepada lima kumpulan dengan kumpulan pertama dengan tujuh orang terdiri daripada empat orang Menteri Kanan diketuai Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri) bersama-sama Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddi Hussein (Menteri Kanan Pertahanan); Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan Kerja Raya) dan Menteri Pendidikan, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Menteri Kanan Pengangkutan).

Dalam kumpulan sama adalah Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz (Menteri Kewangan) dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan (Menteri Sumber Manusia).

Kumpulan kedua juga terdiri daripada tujuh orang iaitu; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Sabah dan Sarawak);Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan); Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri); Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna); Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Takiyuddin Hassa (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi).

Kumpulan ketiga terdiri daripada Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita dan Keluarga) Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan); Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara); Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Ekonomi).


Kumpulan keempat pula meliputi Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar; Ahli Parlimen Ampang, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi); Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Tugas-tugas Khas); Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Parlimen dan Undang-undang) dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).

Kumpulan terakhir, kumpulan kelima, terdiri daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, (Menteri Pembangunan Luar Bandar);Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan); Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Menteri Belia dan Sukan) dan Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama).

Setelah kesemua menteri mengangkat sumpah jawatan, 37 timbalan menteri yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan juga selesai mengangkat jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat yang diadakan di Balairung Seri itu bagaimanapun tidak dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah didapati mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kesemua mereka diumum sebagai ahli pentadbiran negara oleh Ismail Sabri, tujuh hari selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Seri Paduka pada 20 Ogos lepas.–SB