Terengganu salur RM45,000 bantu nelayan, petani dan penternak positif Covid-19

KERAJAAN Terengganu telah menyalurkan RM45,000 untuk 90 nelayan, petani dan penternak positif COVID-19 bagi meringankan beban kewangan mereka.

Kesemua yang terlibat akan menerima bantuan tunai RM500 secara sekali bayar atau one-off.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini berkata, setakat ini seramai 80 nelayan telah menerima bantuan tersebut.

HiDr. AZMAN IBRAHIM

Menurut beliau, kelompok itu merupakan petani dan penternak di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Marang manakala mereka di daerah Dungun dan Hulu Terengganu akan menikmati bantuan sama dalam masa terdekat.

“Senarai ini (nelayan, petani dan penternak) kita peroleh daripada Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang setakat Jun 2021.

“Sumbangan telah diserah melalui program bersama komuniti nelayan, penternak dan petani di daerah yang terlibat secara berperingkat serta bantuan kewangan itu diharap dapat memberi kelegaan buat mereka yang tidak boleh keluar mencari rezeki sepanjang tempoh kuarantin,” katanya selepas merasmikan program penyerahan lesen sampan nelayan, bantuan ‘touch point’ (peralatan menangkap ikan), bantuan COVID-19 dan bakul makanan secara pandu lalu kepada 42 nelayandi Pangkalan Merchang, Marang pada Ahad. – SB