PENGERUSI Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Seri Lajim Ukin meninggal dunia pada pukul 6.43 pagi Ahad.
Berita kematian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akibat jangkitan Covid-19 itu dimaklumkan oleh pembantu khas beliau, Ismail Norazwan melalui laman Facebook beliau.
Pada Selasa lalu, bekas ahli parlimen Beaufort itu dilaporkan ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus Covid-19.
Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan bantuan pernafasan. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.