
SEBANYAK 61.9 peratus atau 14,487,972 individu daripada populasi dewasa negara ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian maklumat di laman Twitter JKJAV, seramai 19,241,946 individu atau 82.2 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,724,744 dos.
Sementara itu menurut JKJAV, 58.9 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara mendapat dos pertama manakala 44.4 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – SB