Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tahniah Bonnie! anda menakjubkan - Muhyiddin -

Tahniah Bonnie! anda menakjubkan – Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengucap tahniah dan syabas kepada atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya menyumbang pingat emas pertama menerusi acara powerlifting di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keupayaan melakukan angkatan sehingga menghadiahkan emas buat negara amat menakjubkan.

“Keupayaan melakukan angkatan menakjubkan sehingga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di arena membuktikan anda sememangnya layak dipertaruhkan sebagai antara prospek utama memenangi pingat emas pada edisi kali ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata, seluruh peminat sukan tanah air pastinya sedang meraikan kejayaan Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu.

Katanya, aAksi mengagumkan sehingga memecahkan rekod Paralimpik pastinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sukan negara.

“Tahniah buat Bonnie, barisan kejurulatihan serta seluruh kontinjen Malaysia,” ujarnya.

Bonnie melakukan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus memecah rekod baharu sukan Paralimpik.

Anak kelahiran Sarawak itu sekali cuba untuk memecahkan rekod dunia dengan angkatan seberat 231 kg namun tidak berjaya.

Bonnie sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Sementara itu, pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia melakukan angkatan 191 kg bagi pingat perak, manakala wakil Great Britain, Mickey Yuli meraih pingat gangsa dengan angkatan seberat 182 kg.–SB