Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Sebelum orang tunjuk pintu keluar, baik kita keluar sendiri' - Nazri Aziz -

‘Sebelum orang tunjuk pintu keluar, baik kita keluar sendiri’ – Nazri Aziz

DATUK Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berharap keputusannya tidak bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 akan memberi isyarat kepada ahli politik angkatan lama untuk melakukan perkara yang sama.

Mohamed Nazri yang memenangi kerusi Parlimen Padang Rengas selama enam penggal berturut-turut berkata, ahli politik angkatan lama perlu sedar bahawa sekarang teraju politik sudah sampai ke tangan angkatan baharu.

“Kita memerlukan kesinambungan, kita tak boleh menongkat langit, sampai satu masa kita kena serah kepada generasi baharu,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Beliau yang mengetuai pelbagai kementerian sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan ‘reset’ politik berlaku, sekali gus memberi laluan kepada pemimpin baharu.

“Saya jadi Ketua UMNO Bahagian hampir 20 tahun. Ahli Parlimen sejak 1995 dan dilantik timbalan menteri. Sebelum itu saya jadi Senator pada 1991. Kemudian jadi menteri sejak 1999.

“Sudah sampai masanya (bersara), sebelum orang tunjuk pintu keluar baik kita keluar sendiri,” katanya.