Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini

KOMPLEKS Rawatan Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang sebelum ini telah dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit COVID-19 akan dibuka semula Isnin ini.

HTAR memaklumkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam telah datang ke hospital berkenaan bagi melaksanakan proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

PROSES sanitasi dan dekontaminasi Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. – Gambar FACEBOOK HTAR

“Ia merupakan proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan,” menurut hospital itu menerusi hantarannya dalam Facebook.

PASUKAN bomba yang terlibat dalam proses sanitasi dan dekontaminasi Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. – Gambar FACEBOOK HTAR

HTAR memaklumkan bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka akan bermula pada September ini.