Kanak-kanak lelaki Palestin maut terkena tembakan Zionis

SEORANG kanak-kanak lelaki Palestin berusia 12 tahun yang cedera ditembak tentera zionis dalam pertempuran di Gaza minggu lalu, meninggal dunia akibat kecederaan itu.

Menurut laporan agensi berita Wafa, Omar Hassan Abu al-Nile terkena tembakan dalam pertempuran antara penduduk Palestin dan tentera Israel pada Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan Omar mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia setelah bertarung nyawa selama seminggu.

Terdahulu, seorang lelaki Palestin maut akibat terkena tembakan dalam pertempuran 21 Ogos lalu yang turut menyaksikan 40 orang cedera.

Seorang tentera Israel turut dilaporkan berada dalam keadaan kritikal setelah terkena tembakan. –SB