Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua kanak-kanak mangsa dera ibu tunggal, kekasihnya diselamatkan -

Dua kanak-kanak mangsa dera ibu tunggal, kekasihnya diselamatkan

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

DUA kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera diselamatkan polis di sebuah pangsapuri di Kota Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, siasatan mendapati kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun didera ibu tunggal dan kekasihnya.

“Turut dirampas tiga rotan pelbagai saiz digunakan suspek untuk mendera kanak-kanak lelaki dan perempuan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.