Bonnie raih emas pertama Malaysia di Paralimpik Tokyo

0
247

Malaysia raih pingat emas pertama menerusi Bonnie Bunyau Gustin dalam acara Powerlifting kategori lelaki 72 kg Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Bonnie melakukan angkatan seberat 228 kilogram (kg) sekaligus memecah rekod baharu sukan Paralimpik.

Anak kelahiran Sarawak itu cuba untuk memecahkan rekod dunia dengan angkatan seberat 231 kg namun tidak berjaya.

Bonnie sebelum ini memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Sementara itu, pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia melakukan angkatan 191 kg bagi pingat perak, manakala wakil Great Britain, Mickey Yuli meraih pingat gangsa dengan angkatan seberat 182 kg.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here