Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bidang kuasa JHEAT beri pentauliahan mengajar agama Islam - MB -

Bidang kuasa JHEAT beri pentauliahan mengajar agama Islam – MB

Oleh MOHD. LAZIM ENDUT

SETIAP keputusan mengenai pentauliahan mengajar berkaitan agama Islam kepada individu berstatus ahli politik di Terengganu diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Ini kerana, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad, pengurusan dan pentauliahan itu terletak di bawah bidang kuasa JHEAT di mana setiap permohonan dibuat mestilah melalui pelbagai ujian ditetapkan.

Menurut beliau, setiap permohonan akan dinilai JHEAT dan saya percaya ia ada justifikasi-justifikasi tersendiri sama ada menentukan boleh atau tidak atau ada syarat-syarat lain.

“Justeru, langkah terbaik ialah menyerahkan perkara itu kepada pejabat JHEAT untuk buat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Tok Dir, Kuala Terengganu, semalam.

Dr. Ahmad Samsuri memberitahu demikian bagi mengulas mengenai keputusan Selangor yang mengambil tindakan tidak memberi tauliah mengajar agama Islam kepada individu berstatus ahli politik di negeri tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang lalu, selepas mendapat perkenan Ahli Dewan Diraja Selangor dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor (Mesyuarat Diraja Selangor Bilangan 15) yang bersidang 4 Mac 2019.