PELAKON terkenal tanah air, Ayda Jebat yang pernah berkongsi tentang dirinya berhasrat memilih kaedah pembedahan bagi melahirkan anak sulung mereka telah menerima banyak komen negatif.
Beliau yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi menegaskan walaupun bersalin normal atau Cesarean, tujuannya tetap sama.
“Normal atau Cesarean, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat,”
“Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember… YOU’RE STILL A MOTHER. REAL ONE. No matter what”, katanya menerusi Instagram.
Ayda turut berpesan kepada ibu-ibu yang pilih atau memang terpaksa melakukan Cesarean bagi melahirkan anak supaya tidak malu dan sedih.
“PLEASE don’t be shy, sad and stress. Ada yang sampai rahsiakan kena Cesarean sebab takut dan malu digelakkan dan diperlekehkan oleh ibu yang beranak normal.” ujarnya. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.