Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
AS mula serang sasaran Daesh di Afghanistan -

AS mula serang sasaran Daesh di Afghanistan

Susunan ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AMERIKA Syarikat (AS) mula bertindak balas terhadap kematian 13 tenteranya di lapangan terbang di Kabul, Afghanistan kelmarin, dengan melancarkan serangan dron terhadap sasaran Daesh di negara itu, hari ini.

Serangan negara yang dianggap ‘polis dunia itu’ dilakukan ketika operasi pemindahan kini memasuki peringkat akhir dan semakin genting.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan tentera AS yang mengawal proses pemindahan keluar dari Afghanistan terpaksa menjalinkan kerjasama keselamatan lebih rapat dengan Taliban untuk mencegah berulangnya insiden berkenaan.

Pentagon mengumumkan, pihaknya melakukan serangan dron ke atas ‘perancang’ daripada kumpulan terbabit di timur Afghanistan.

“Petunjuk awal ialah kami membunuh sasaran,” kata Kapten Bill Urban daripada Komando Pusat AS.

Kelmarin, Afghanistan digemparkan dengan letupan bom terbaharu yang mengorbankan 20 orang awam dan 13 tentera AS yang berasak di luar lapangan terbang di Kabul.

Kejadian tersebut belaku ketika mereka yang berada di lapangan terbang itu mahu meninggalkan negara tersebut, menjelang tarikh akhir 31 Ogos ini untuk AS dan negara Barat lain menyelesaikan proses pemindahan berkenaan,

Setakat ini kira-kira 100,000 orang sudah dibawa keluar.

Walaupun masih tiada bukti siapa melakukan serangan itu, media barat melaporkan kumpulan IS bertanggungjawab atas serangan tersebut. – SB