BEKAS Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid meninggal dunia di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga Ahmad Sarji dalam satu kenyataan hari ini.
“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu.
Allahyarham merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan bekas Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi hantaran di Facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham YABhg (Yang Amat Berbahagia) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid diatas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021, jam 1.40 pagi.
“Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan,” katanya.
Mohd Zuki berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah., katanya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.