Kerajaan Sarawak sedia ganjaran untuk Bonnie

0
224

KERAJAAN negeri Sarawak hari ini mengumumkan ganjaran untuk atlet powerlifting Sukan Paralimpik Tokyo negara, Bonnie Bunyau Gustin sebagai penghargaan atas kejayaan beliau menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika memaklumkan perkara itu juga berkata, kejayaan atlet berketurunan Bidayuh itu menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

Bonnie, 22, berjaya meraih emas pertama buat negara dalam acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di temasya berkenaan hari ini dengan melakukan angkatan seberat 228 kg, sekali gus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik.

“Pasti akan ada ganjaran dari kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat untuk Bonnie serta semua atlet yang berjaya memenangi pingat tanpa mengira warnanya di Sukan Paralimpik Tokyo 2021,” Bernama melaporkan Abdul Karim sebagai berkata.

Turut mengucapkan tahniah kepada Bonnie ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi akaun Facebook GPS. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here