Tiga muka lama, dua muka baharu anggotai Kabinet Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharu beliau yang dianggotai oleh gabungan nama lama dan baharu.

Dalam pengumuman yang disiar secara langsung dari Perdana Putra pagi ini, Ismail Sabri telah mengumumkan senarai 32 menteri yang akan mengepalai kementerian masing-masing.

Barisan Menteri Kabinet berkenaan juga menampilkan tiga muka lama dalam pentadbiran kerajaan dan dua muka baharu.

Muka-muka baharu dalam Kabinet kali ini ialah bekas Penasihat Khas Perdana Menteri, ketika pentadbiran sebelum ini (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang diberi tugas memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Senator Idris Ahmad pula diberi tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Manakala tiga orang lama yang kembali tersenarai dalam barisan Kabinet baharu ini ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan); Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar).

SHAHIDAN, Noh dan Mahdzir merupakan tiga muka lama dari UMNO yang dilantik sebagai menteri dalam kabinet yang baru diumumkan oleh Ismail Sabri pada Jumaat. – SB

Ketiga-tiga muka lama berkenaan merupakan pemimpin kanan dalam UMNO manakala Ahmad Faizal dan Idris pula masing-masing adalah Timbalan Presiden Bersatu dan Naib Presiden Pas. – SB