Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Serang pasangan kekasih dan samun -

Serang pasangan kekasih dan samun

TIGA lelaki bertindak menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan kekasih sebelum menyamun mereka dalam kejadian di Jalan Kuching menghala pusat bandar Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian 12.10 tengah malam itu mengakibatkan mangsa lelaki cedera di muka dan badan, manakala teman wanitanya cedera di bahu kanan serta tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian mengenai kejadian itu pada 11 pagi semalam.

Berdasarkan laporan, mangsa dan teman wanita menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang, sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 warna kelabu.

“Suspek menarik tangan mangsa dan melibas mangga rantai motosikal pada bahagian belakang topi keledar dipakai mangsa.

“Mangsa kemudian membuat pusingan dari Jalan Kuching menghala ke pusat bandar, namun sekali lagi dihimpit motosikal sama dan suspek menendang motosikalnya sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan.

Tindakan suspek itu mengakibatkan kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan dan salah seorang suspek terus melarikan motosikal mangsa.

Katanya, mangsa dibantu orang awam yang berada di lokasi sebelum dibawa ke HKL untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan yang melarikan motosikal milik mangsa nombor pendaftaran VFU 814.

“Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

“Saksi kejadian atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206,” katanya.