Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pencapaian Menteri dinilai 100 hari pertama -

Pencapaian Menteri dinilai 100 hari pertama

SETIAP kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi,” katannya dalam perutusan khas mengumumkan pembentukan Kabinet di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata, bagi mendepani cabaran semasa, Kabinet ini perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat

“Sesungguhnya, barisan Kabinet ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien,” katanya.

Perdana Menteri berkata, realitinya, negara masih berhadapan dengan cabaran dan rintangan.

Bagaimanapun, beliau yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan kerana Yang Maha Esa tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan.

Oleh itu, Perdana Menteri mengajak semua pihak menggembleng segala usaha dan daya serta bekerja bersama rakyat dalam misi memulihkan negara.

“Namun, Kabinet saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.