MOF akan terus berjuang untuk rakyat, pulih ekonomi: Tengku Zafrul

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul menyatakan bahawa beliau akan memastikan ‘team’ Kementerian Kewangan (MOF) akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara, terutamanya sektor perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu, beliau juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggalas tanggungjawab tersebut, sekali lagi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia diatas kepercayaan beliau untuk melantik saya sebagai Menteri Kewangan.

“Sesungguhnya tanggungjawab ini adalah amanah yang besar dan inshaallah saya dan juga team Kementerian Kewangan (MOF) akan terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan juga ketahan ekonomi negara,” katanya menerusi TikTok rasmi beliau. -SB