Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kamal Affandi sokong Firdaus Wong perang pemangsa seksual -

Kamal Affandi sokong Firdaus Wong perang pemangsa seksual

PENGANALISIS jenayah, Kamal Affandi Hashim menyatakan sokongan kepada usaha dilakukan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kewujudan dan bahaya pemangsa seksual yang bertopengkan agama.

Sokongan itu dinyatakan dalam siaran langsung bual bicara bersama Firdaus Wong malam tadi yang bertajuk ‘Kriminologi: Menjejak DNA Predator Seksual’ menerusi akaun Facebook milik Firdaus Wong.

“Kalau naratif anda berada di landasan yang betul, kenapa saya tak boleh sokong?

“Tanya kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya sama ada berbeza ideologi politik atau sebaliknya, adakah saya pernah memberi komen memihak kepada sesiapa. Memang ada kerana saya memihak kepada kebenaran,” katanya.

Sejak beberapa minggu lalu, Firdaus Wong yang juga pengasas Pertubuhan Multiracial Reverted Muslims (MRM) membuat perkongsian berkenaan isu pemangsa seksual bertopengkan agama bagi memberi kesedaran kepada orang awam.

Tindakan itu bagaimanapun tidak disenangi segelintir pihak yang mendakwa Firdaus sebagai membuka aib golongan agamawan.

Bagaimanapun, menurut Kamal Affandi, langkah diambil Firdaus Wong itu hanyalah untuk memberi keadilan kepada pemandiri yang telah melalui segala kesengsaraan, kesakitan dan kepayahan dalam hidup mereka.

Katanya, rakyat Malaysia seharusnya berfikir dengan menggunakan fakta dan tidak terpedaya oleh permainan wayang penjenayah seksual.

“Jangan cela individu yang menaikkan isu ini, kita bawa buka sebab persaingan atau apa sahaja. Ini untuk memberi keadilan kepada mangsa.

“Kalau nak mengejar glamor, itu umpama budak-budak tadika. Kita dah sampai satu peringkat di mana kalau ia terjadi dalam bidang saya pun, saya akan tetap bercakap dalam nada yang sama.

Kamal Affendi menegaskan bahawa jika semua pihak tidak berhati-hati dengan pemangsa seksual yang dikatakan mempunyai pelbagai ‘wajah’, perkara tersebut akan melengahkan tindakan ke atas mereka serta memanjangkan penderitaan mangsa.

“Anda nak menyokong kebatilan, silakan. Tiada siapa akan halang tetapi anda harus tahu yang hak akan terus dijunjung oleh orang-orang seperti saya,” jelas beliau.