City, Liverpool dalam kumpulan sukar Liga Juara-Juara

0
346

NASIB Manchester City, Manchester United, Chelsea dan Liverpool di pentas Eropah sudah diputuskan dalam undian penuh debar di Istanbul, Turki awal pagi tadi. 

Kelab dari England ini berdepan cabaran cukup berbeza dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini. 

Skuad bimbingan Pep Guardiola akan berdepan saingan kelab berbelanja besar, Paris Saint-Germain (PSG), sekaligus bakal mengulangi pertembungan separuh akhir musim lalu. 

Liverpool pula diundi kumpulan sama dengan Atletico Madrid dan AC Milan. Skuad Jurgen Klopp sekali lagi bakal berdepan bekas penyerang sensasi mereka, Luis Suarez yang kini bersama Atletico Madrid. 

“Ia amat istimewa, Manchester City salah satu pasukan terbaik di Eropah dan bersaing untuk gelaran Liga Juara-Juara sejak 10 tahun lalu. Cabarannya ialah untuk menamatkan peringkat kumpulan di tangga teratas,” kata pengendali PSG, Mauricio Pochettino.

Kelab-kelab itu diundi dalam Kumpulan A, bersama RB Leipzig dan juara Belgium Club Brugge.

Juara bertahan Chelsea akan bertemu Juventus dalam Kumpulan H yang turut dibarisi juara Russia Zenit Saint Petersburg dan kelab Sweden Malmo.

Saint Petersburg akan menjadi gelanggang untuk aksi final pada 28 Mei tahun depan.

Undian diadakan semalam turut menyaksikan Barcelona berada dalam Kumpulan E bersama Bayern, Benfica dan juara Ukraine Dynamo Kiev.

Liverpool akan berdepan juara Sepanyol Atletico Madrid, AC Milan dan FC Porto dalam Kumpulan B.

Manchester United membarisi Kumpulan F bersama Villarreal, Atalanta dan juara Switzerland Young Boys.

Juara Eropah 13 kali, Real Madrid berada dalam Kumpulan D bersama juara Itali Inter Milan, Shakhtar Donetsk dari Ukraine dan Sheriff Tiraspol dari Moldova yang membuat penampilan sulung di pentas tertinggi Eropah itu.

Borussia Dortmund, Ajax, Sporting Lisbon dan Besiktas diundi dalam Kumpulan C, manakala Lille, Sevilla, Red Bull Salzburg dan Wolfsburg dalam Kumpulan G.

Pusingan pertama perlawanan akan berlangsung pada 14 dan 15 September. –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here