Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bersatu harap Kabinet baharu teruskan program bantuan rakyat kerajaan Muhyiddin -

Bersatu harap Kabinet baharu teruskan program bantuan rakyat kerajaan Muhyiddin

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap agar barisan kabinet baharu yang diumumkan hari ini untuk meneruskan program-program bantuan rakyat yang telah dimulakan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan mencadangkan agar kabinet ini segera melihat kembali cadangan-cadangan reformasi institusi yang dicadangkan Muhyiddin.

“Program-program bantuan rakyat yang bernilai ratusan bilion yang telah dimulakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diteruskan.

“Asas yang baik telah dibina oleh Tan Sri Muhyiddin dan kerangka itu wajar menjadi landasan untuk bergerak ke hadapan,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan itu, Wan Saiful yang mewakili Bersatu merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh anggota Kabinet baharu yang diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Wan Saiful berkata, tanggungjawab yang digalas oleh setiap anggota kabinet adalah amanah besar namun beliau pasti anggota kabinet baharu ini akan meneruskan usaha menangani wabak COVID-19, serta menjaga kebajikan rakyat dan membina semula sektor ekonomi.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah khususnya kepada semua pemimpin Bersatu yang dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

“Bersatu akan menjadi parti anggota kerajaan yang sentiasa memberi sumbangan-sumbangan konstruktif untuk kebaikan rakyat dan negara, menjulang kedaulatan undang-undang, dan menjaga kebebasan institusi kehakiman dan perundangan,” tambahnya.–SB