Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
ATM tunggu laporan penuh kes anggota TUDM ditembak -

ATM tunggu laporan penuh kes anggota TUDM ditembak

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

KES empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembak di Kem TUDM di Kota Samarahan, Sarawak masih lagi dalam siasatan polis.

Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, pihaknya masih menunggu perkembangan siasatan dan laporan penuh daripada pihak polis.

“Jadi kita tidak boleh ulas lagi buat masa ini sehingga kertas siasatan polis dilengkapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penyerahan Kotak Makanan Program Bantu-Bantu Malaysia kepada Kementerian Pertahanan Sempena Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM di sebuah hotel di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, hari ini.

WartaRakyat pada 13 Ogos lalu melaporkan empat anggota TUDM maut dalam kejadian tembak pada jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM di Kem TUDM, Kota Samarahan.

TUDM kemudian menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tembak yang mengakibatkan empat anggotanya maut di kem berkenaan.