Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Anda harapan rakyat: Hadi Awang -

Anda harapan rakyat: Hadi Awang

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi mesej ringkas tetapi penuh bermakna kepada tiga menteri serta lima timbalan menteri yang mewakili parti itu dalam barisan Kabinet. 

“Tahniah menteri PAS yang dilantik. Anda harapan rakyat,” kata Abdul Hadi ketika mengucapkan tahniah kepada mereka melalui facebook miliknya hari ini. 

Mesej itu disampaikan bagi memberi peringatan kepada mereka supaya menjalankan amanah dengan penuh tangggungjawab selepas dipilih menyertai Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Tiga wakil PAS yang terpilih sebagai menteri ialah Senator Idris Ahmad selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama);  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar) dan  Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Menteri Tenaga dan Sumber Asli). 

Lima lagi dilantik sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Siti Zailah Mohd Yussof (Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Amzad Mohamed @Hashim (Sains Teknologi & Inovasi) dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Timbalan Menteri 2, Pertanian dan Industri Makanan). 

Datuk Awang Hashim pula memegang jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia, manakala Datuk Ahmad Marzuk Shaary bertugas sebagai timbalan menteri Hal Ehwal Agama. 

Ucapan tahniah Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu itu disusuli komen penghargaan netizen yang mahukan mereka supaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah. 

@Cassym Dean berkat: “Allahamdullillah syukur kepada Allah SWT serta tahniah MP PAS yang dilantik menteri dan timbalan. Semoga laksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan ikhlas dan jujur,” katanya. 

@Asyraf Md Saad pula memberikan komen: “Tahniah kpd YB² dari PAS. Sayang sekali Datuk Khairudin tak dikekalkan. Beliau bekerja dengan penuh dedikasi sehingga melonjakkan harga industri sawit ke paras tertinggi sejak merdeka,” katanya. 

Pagi tadi, Perdana Menteri mengumumkan senarai 32 menteri Kabinet dan mereka dijadual mengangkat sumpah jawatan pada Isnin ini di Istana Negara. – SB