Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
47 kompaun dikeluarkan ke atas pengusaha bas, van, pekerja kilang -

47 kompaun dikeluarkan ke atas pengusaha bas, van, pekerja kilang

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 47 kompaun membabitkan nilai RM203,500 ke atas pengusaha dan pemandu bas, van kilang serta pekerja kilang yang gagal mematuhi  prosedur  operasi standard (SOP) COVID-19.

Tindakan kompaun itu dibuat dalam operasi yang dijalankan JPJ bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) di sekitar Pulau Pinang bermula 25 Julai hingga semalam.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli, pihaknya mendapati masih terdapat segelintir pengusaha dan pemandu bas kilang serta pekerja kilang yang gagal mematuhi SOP walaupun penguatkuasaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 itu dijalankan sejak dua tahun lepas.

“Dalam operasi yang kami jalankan mulai 25 Julai lalu, mendapati saman paling banyak dikeluarkan ke atas pengangkutan awam ialah membabitkan van pekerja kilang yang membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan iaitu sebanyak 18 kompaun berjumlah RM51,500,” katanya.

Tambahnya, kompaun kedua tertinggi pula ialah gagal menyediakan peralatan mengimbas suhu iaitu sembilan kompaun bernilai RM58,000.

Pihaknya juga mendapati syarikat pemegang lesen dan pengusaha kenderaan pengangkutan awam itu turut gagal menyediakan kod QR MySejahtera pada kenderaan yang digunakan untuk membawa pekerja kilang atau syarikat.

Aedy Fadly berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Penguatkuasaan Akta 342 Pematuhan SOP COVID-19 dan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dijalankan bersama JKNPP dan Polis Diraja Malaysia di Plaza Tol Sungai Dua, di sini malam tadi.

“Sebanyak 203 kenderaan diperiksa dan 98 kompuan dikeluarkan atas pelbagai pelbagai kesalahan antaranya tiada cukai jalan, memandu tanpa lesen, cermin gelap dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“JPJ akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan kenderaan awam dan perdagangan terutama bas dan lori tidak mengambil kesempatan mengabaikan aspek keselamatan ketika memandu,” katanya.–SB