Pertemuan PM-pembangkang langkah ke arah politik baharu – Saifuddin

PERTEMUAN antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin utama parti pembangkang merupakan langkah awal yang penting ke arah politik baharu

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah, beliau telah mula membincangkan mengenai politik baharu sejak 2006 menerusi buku diterbitkan beliau berjudul ‘Politik Baharu’.

SAIFUDDIN ABDULLAH

“Saya mula membincangkan mengenai Politik Baharu sejak 2006. Ia adalah idea yang masih menunggu pelaksanaannya. Sudah tentu saya memahami dinamik politik sebenar. Tetapi saya masih perlu teruskan idea ini,” kata Saifuddin menerusi hantaran di akaun Twitter rasmi beliau hari ini.

Semalam, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam itu antaranya tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan terbaik bagi menangani pandemik COVID-19. – SB