Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MAS jangka penerbangan domestik pulih akhir tahun depan -

MAS jangka penerbangan domestik pulih akhir tahun depan

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

INDUSTRI penerbangan domestik dijangka kembali ke tahap sebelum pandemik menjelang akhir 2022 namun pasaran antarabangsa dijangka mengambil masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, permulaan semula aktiviti iaitu industri penerbangan tempatandijangka bermula pada suku keempat tahun ini.

“Industri penerbangan tempatan akan kembali ke tahap seperti sebelum pandemik secara kasarnya pada 2022 sekiranya keadaan (pandemik) bertambah baik.

“Bagi pemulihan penuh (pasaran antarabangsa) kami menyasarkan pada pertengahan 2023 atau awal 2024,” katanya pada taklimat media secara maya yang diadakan Malaysia Airlines dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), hari ini.

Syarikat penerbangan nasional itu ketika ini menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada kira-kira 1,000 penumpang sehari berbanding tahap sebelum pandemik sebanyak 38,000 penumpang sehari pada 2019 dan mengendalikan 1,700 bagasi setiap hari berbanding 36,000 bagasi sebelumnya.

Sementara itu, Ahmad Luqman berkata, Malaysia Airlines akan melaksanakan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 syarikat dengan mengambil kira beberapa senario pemulihan.

Mengenai rancangan untuk menyambung semula operasi penerbangan Firefly, beliau berkata, dijangka dimulakan secara rasmi pada awal suku pertama tahun depan bergantung kepada pemulihan pasaran domestik.

Menurutnya, Malaysia Airlines masih meneruskan operasi penerbangan jarak jauhnya ke destinasi seperti United Kingdom, Australia, Korea Selatan, Jepun, China dan beberapa bandar raya di ASEAN, walaupun pada kekerapan yang berkurangan. – SB