Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes baharu Covid-19 tertinggi, lepasi 24,000 -

Kes baharu Covid-19 tertinggi, lepasi 24,000

Kes harian COVID-19 tertinggi hari ini apabila melepasi 24,000 iaitu sebanyak 24,599 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat kepada 1,640,843 kes.

Katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes dengan 6,936 kes baharu diikuti Sabah 3,487 kes dan Johor (2,785).

Selain itu Kedah merekodkan 1,538 kes, Sarawak (2,024), Pulau Pinang (2,078), Kelantan (1,312), Perak (1,170) dan Kuala Lumpur (881).

Semalam, kes wabak itu mencatat kes sebanyak 22,642.