Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Ebit Lew terharu pengorbanan penghantar makanan -

[VIDEO] Ebit Lew terharu pengorbanan penghantar makanan

TERHARU dan tersentuh dengan pengorbanan kumpulan penghantar makanan yang lebih dikenali rider, Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew singgah mendekati kumpulan berkenaan baru-baru ini.

Kesungguhan mereka mencari rezeki demi keluarga amat menyentuh Ebit Lew.

Beliau berasa terharu dan sebak terhadap anak muda yang kuat bekerja, dengan ada antaranya membantu ibu bapa dan sebahagian yang lain telah berkahwin mencari rezeki halal buat keluarga

“Mereka ini tak berhenti dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini, setiap hari berkorban membawa makanan dan barang dapur sampai depan rumah kita, tanpa kita susah payah ke sana-sini di waktu ini.

“Allah sahaja dan pasti akan membalas jasa korban mereka selama ini,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Pendakwah itu juga menghulurkan bantuan kepada mereka malah sempat berkongsi kisah mengenai iman, kasih sayang dan ibu bapa.

“Terima kasih ye adik abang kakak semua, masa beri sokongan, doa dan sedikit hadiah, mereka semua kata banyak ni ustaz.

“Baik sahaja semua, masa cerita iman, kasih sayang dan ibu bapa mereka menangis, saya doakan mereka semua ini menjadi anak soleh,” ujarnya. – SB