BEKAS Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, sejak Rabu minggu lalu selepas dijangkiti Covid-19.
Anak ketiga Sakaran, Datuk Seri Nasir Sakaran berkata, ayahnya berada dalam keadaan baik dan stabil ketika mula-mula dimasukkan ke hospital.
Namun, ayahnya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak semalam atas nasihat doktor supaya dapat dipantau dengan rapi.
“Keadaan beliau (Tun Sakaran) stabil, bagaimanapun semalam, beliau dimasukkan ke ICU atas nasihat doktor bagi pemantauan yang lebih terperinci dan rapi.
“Setakat ini, ahli keluarga dan anak-anak ada berhubung dengan Tun Sakaran melalui panggilan video,” katanya menurut laporan Astro Awani.
Nasir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang memberitahu, beliau ada berhubung dengan Tun Sakaran pagi tadi melalui panggilan video.
Tambah beliau, Tun Sakaran juga memaklumkan kesihatannya baik dan dijaga dengan rapi oleh pihak hospital.
“Tadi ayah saya ada mohon orang ramai mendoakan kesihatan beliau kembali sihat dan cepat sembuh,” kata Nasir sambil berterima kasih atas doa yang dipanjatkan kepada ayahnya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.