PARTI pembangkang tidak akan mempersulit kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita beritahu (kepada Perdana Menteri) kalau suasana dan program-program itu agak pro rakyat kita tak akan persulitkan.
“Kita beri jaminan kalau program pro rakyat, program menangani COVID-19 ini lebih berkesan, maka kita tiada masalah untuk menjamin keadaan lebih terkawal,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Anwar berkata demikian mengulas mengenai gesaan supaya usul undi percaya terhadap Ismail Sabri dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Dua lagi pemimpin pembangkang iaitu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyertai pertemuan itu yang dibuat atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.