PARTI Bersatu telah mengemukakan senarai nama ahli bagi jawatan Kabinet Persekutuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, senarai itu telah dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu baru-baru ini.
“Dalam mesyuarat tersebut, kami telah putuskan untuk serahkan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden kami, untuk cadang nama-nama daripada Bersatu dan disampaikan kepada Perdana Menteri,” katanya.
Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media dalam talian selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.
Tambah Faizal, beliau percaya Perdana Menteri akan putuskan dan membawa senarai tersebut kepada yang di-Pertuan Agong. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.