Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
22,642 kes Covid-19 baharu -

22,642 kes Covid-19 baharu

Kes-kes baharu Covid-19 di negara yang mencatatkan angka harian melebihi 20 ribu kes.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini melaporkan, 22,642 kes Covid-19 telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,616,244 kes setakat ini.

Sementara itu menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 6,325 kes.

Manakala jumlah jangkitan harian yang dicatatkan Kedah, Johor, Kelantan dan Perak hari ini adalah rekod tertinggi.

Berikut adalah jumlah kes baru yang dicatatkan di negeri-negeri di seluruh negara –

Sabah (3,224)
Kedah (2,279)
Johor (1,832)
Sarawak (1,667)
Pulau Pinang (1,427)
Kelantan (1,424)
Perak (1,390)
Kuala Lumpur (1,128)
Terengganu (744)
Pahang (522)
Melaka (342)
Negeri Sembilan (269)
Perlis (44)
Putrajaya (21)
Labuan (4)

  • SB