Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penternak lembu ditemui mati dengan kesan tembakan, tikaman -

Penternak lembu ditemui mati dengan kesan tembakan, tikaman

SEORANG penternak lembu ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan tembakan dan tikaman pada bahagian badan di tepi jalan di Kongsi 14 dekat Sungai Petani malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan lelaki berusia 38 tahun itu lebih kurang 11 malam.

Beliau berkata pihak forensik membuat pemeriksaan terhadap badan lelaki itu mendapati terdapat kesan tembakan pada bahagian hadapan badan dan kesan tikaman pada bahagian belakang badan selain turut menjumpai kelongsong peluru di lokasi kejadian. 

“Motif kejadian masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan manakala setakat ini belum ada sebarang tangkapan berhubung kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata lelaki itu mempunyai lima rekod lampau dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.