WALAUPUN pandemik Covid-19 masih tular di Malaysia, ianya tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia untuk terus menyambut hari kemerdekaan yang bakal tiba.
Berbagai cara dan gaya tersendiri yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia demi menunjukkan semangat patriotik sempena menyambut hari kemerdekaan ke-64.
Pengguna Facebook, Nur Hidayah memuatnaik gambar projeknya menghias rumah dengan bendera jalur gemilang untuk menunjukkan semangat patriotik beliau kepada jiran tetangga.
Nur hidayah berkata, ianya adalah untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan dan berniat untuk mengambil gambar sekeluarga berlatar belakangkan rumah beliau yang sudah dihias rapi dengan bendera malaysia semasa hari merdeka nanti.
Kecerian menyambut merdeka turut juga dipamerkan oleh mereka yang mengambil vaksin, contohnya seperti lagat pesara tentera, Md Rahim Maskop, 52 yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu .
Gelagat Md Rahim Maskop mengenakan pakaian itu mencuri perhatian pengurusan PPV sehingga aksinya dirakam dan dikongsikan di laman Facebook rasmi Universiti Teknologi MARA.
Pengguna sosial media turut tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik mereka dengan memuatnaik gambar atau video yang berunsurkan kemerdekaan.
Pengguna Instagram, @nasrulmustakim memuatnaik gambarnya sambil mengibarkan jalur gemilang dengan tulisan Malaysiaku di dalam gambar beliau.
Sementara itu, pengguna-pengguna Tiktok turut menyambut kedatang kemerdekaan dengan memuatnaik video mereka mengibarkan jalur gemilang serta mengenakan pakaian-pakaian tradisional masing-masing demi menunjukkan semangat patriotik mereka dengan #MalaysiaPrihatin.
Walau bagaimanapun, disamping menyambut kemerdekaan yang akan tiba, semoga SOP dapat sentiasa dipatuhi demi mengurangkan penularan wabak Covid-19.-SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.