Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kelantan beri suntikan vaksin kepada pelajar sekolah mulai September -

Kelantan beri suntikan vaksin kepada pelajar sekolah mulai September

KERAJAAN Kelantan bakal memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah yang berusia 17 dan 18 tahun, bermula pertengahan September depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, langkah itu bagi membolehkan pelajar terbabit mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka nanti.

“Kita membuat perancangan untuk memvaksin pelajar sekolah itu bermula pertengahan September depan,” katany ketika menjawab soalan tambahan Abdul Azziz Kadir (PAS-Jelawat) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Izani Husin juga memaklumkan bagi mencapai imuniti kelompok dijangka pada akhir September atau pertengahan Oktober depan, Kelantan memohon penambahan bekalan 200,000 dos vaksin daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tambah beliau, Kelantan dijangka menerima bekalan 700,000 dos pada September depan, namun berharap memperoleh penambahan vaksin bagi memastikan negeri ini mencapai imuniti kelompok.

“Setakat Sabtu lalu, jumlah individu disuntik vaksin di Kelantan ialah 54 peratus bagi dos pertama, manakala dos kedua pula 34.4 peratus.

“Semakin ramai penduduk negeri ini mahu vaksinasi selepas melihat rakyat kita yang menerima vaksin itu selamat,” ujarnya.

Berhubung imunisasi golongan yang terlantar pula, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) memutuskan untuk memberi vaksin secara dari rumah ke rumah.

Sementara itu, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin bagi populasi dewasa di negeri Kelantan adalah sebanyak 37.6 peratus setakat semalam. – SB