PERBICARAAN akhir terhadap pendakwaan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam sekali lagi terpaksa ditangguh atas sebab beliau dimasukkan ke hospital bagi menjalani prosedur rawatan kecederaan tulang belakang.
Peguam beliau, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah, anak guamnya itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam Ahad lalu.
Rentetan itu, Hakim Collin Lawrence Sequerah meminta pihak pembelaan memanggil doktor yang merawat Zahid Hamidi hadir ke mahkamah hari ini bagi menerangkan tentang kecederaan dan prosedur terbabit sebelum menetapkan tarikh lain untuk perbicaraan itu.
Ketika ini, mahkamah terpaksa ditangguhkan sementara menunggu doktor berkenaan untuk mengesahkan kehadirannya.
Terdahulu, perbicaraan Presiden UMNO itu terpaksa ditangguhkan dua kali ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP).
Bekas Timbalan Perdana Menteri era Najib Razak tersebut berhadapan 12 pertuduhan pecah amanah; lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Beliau yang merupakan Presiden UMNO bakal berdepan hukuman 20 tahun penjara jika disabitkan kesalahan bagi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah sekitar RM42 juta dari sebuah syarikat bagi melanjutkan kontrak sebagai operator sistem visa luar negara. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.